ProGuard & Retainer clear and fresh pack shot

PEMBERSIH HARIAN PRO RETAINER & GUARD

  • Membunuh 99.9% bakteria penyebab bau*
  • Menanggalkan kotoran dan menghilangkan perubahan warna
  • Dengan Teknologi Crystal Clear
  • Membersih dengan Berkesan
  • Sesuai dengan pelbagai bahan alat pergigian boleh tanggal,** seperti:
    • Penahan gigi Jernih
    • Penahan gigi Berwayar
    • Pelindung Sukan
    • Pelindung Mulut
    • Perisai Gusi
    • Pelindung Malam
    • Pendakap gigi Boleh Tanggal**

Memakai alat pergigian boleh menyebabkan penambahan bakteria penyebab bau dan itulah sebabnya kami membangunkan pembersih harian anti bakteria untuk membantu memastikan alat anda bersih dan segar.

Pembersih Harian Anti-bakteria Polident Pro Retainer & Guard BAHARU kami telah dibangunkan dengan Teknologi Crystal Clear - untuk membantu memastikan alat mulut anda kelihatan jernih, apabila digunakan seperti yang diarahkan. Formulasi pembersih direka untuk menghilangkan kotoran, menghilangkan perubahan warna dan membunuh bakteria penyebab bau."

*Dalam ujian makmal
** Hubungi profesional pergigian anda sekiranya Pembersih Harian Polident Pro Retainer & Guard sesuai untuk membersihkan alat pergigian anda

BAGAIMANA UNTUK MENGGUNAKAN PEMBERSIH HARIAN PRO RETAINER & GUARD

LANGKAH 1

Masukkan satu tablet pembersih Polident Pro Retainer & Guard ke dalam air suam (tidak panas) cukup untuk menutup alat mulut anda.

LANGKAH 2

Rendam selama 3-5 minit. Sentiasa ikuti arahan pek.

LANGKAH 3

Untuk hasil terbaik, beruskan alat mulut anda dengan larutan pembersih menggunakan berus lembut.

LANGKAH 4

Buang baki larutan sebaik sahaja selesai digunakan.

LANGKAH 5

Bilas alat dengan bersih dengan air yang mengalir sebelum dimasukkan ke dalam mulut.