Hidup tidak seharusnya bergumam.
Anda seharusnya tampil berkeyakinan dan lantang.

Kami ingin membantu anda menjalani kehidupan yang bahagia dengan memakai gigi palsu, menikmati makanan kegemaran, ketawa dengan kuat dan mengeratkan hubungan dengan orang tersayang. Ini misi kami dan inilah sebabnya kami adalah jenama nombor #1 untuk penjagaan gigi palsu di Malaysia.

Tentang Polident®

Polident® menawarkan produk penjagaan gigi palsu yang dirumus untuk meningkatkan keselesaan dan kesihatan mulut individu yang memakai gigi palsu penuh atau separa. Produk-produk pelekat gigi palsu Polident direka untuk membolehkan gigi palsu anda padan dengan stabil melalui peningkatan pegangan dan keselesaan serta memberi anda keyakinan dan jaminan untuk hidup bebas.

Pembersih gigi palsu lembut kami dirumus khas untuk memastikan gigi palsu anda bersih, segar dan sihat untuk mulut setiap hari.

Tentang Laman Web

Laman web Polident® adalah sumber yang direka untuk individu yang memakai gigi palsu penuh atau separa, malah untuk sesiapa yang ingin belajar dan berkongsi pengalaman tentang gigi palsu dan memberi nasihat berguna serta sokongan kepada rakan-rakan dan saudara-mara mereka yang memakai gigi palsu. Memang bermanfaat untuk menyampaikan pemikiran dan meluahkan kebimbangan anda, sebab kami ingin memberi bantuan khidmat sokongan kepada anda.