polident overnight whitening
STG1_Polident_Toolkit Icons_FINAL SET_161019

Polident sesuai untuk pelbagai alat mulut yang boleh ditanggalkan*
Baca selanjutnya

PEMBERSIH HARIAN 3 MINIT POLIDENT

  • Membunuh lebih kuman daripada ubat gigi biasa.*
  • Mencuci dengan mendalam bagi membantu mengembalikan gigi palsu kepada warna asalnya.
  • Membunuh 99.9% bakteria penyebab bau.*
  • Apabila digunakan mengikut arahan, membantu mengurangkan plak dan juga menghilangkan kesan degil.
  • Lembut pada bahan gigi palsu.
  • Sesuai untuk penahan & pelindung malam.

* ketika merendam sahaja, dalam ujian makmal

Jika anda sedang mencari sesuatu yang membersih dengan mendalam tetapi lebih suka tidak merendam semalaman, Pembersih Harian 3 Minit Polident adalah produk untuk anda. Dalam masa hanya 3 minit, ia membunuh 99.9% bakteria penyebab bau*, dan apabila digunakan seperti yang diarahkan ia membantu menghilangkan kesan degil dan mengurangkan plak, memberikan anda gigi palsu yang lebih bersih, segar supaya anda boleh lebih rapat dengan orang-orang yang paling anda sayang.

Tidak seperti sesetengah ubat gigi, tablet ini mempunyai formula yang tidak kasar, jadi ia membersih tanpa mencalarkan dan mengurangkan tempat membiak bagi bakteria dan mikroorganisma lain yang tidak dikehendaki.

MENGGUNAKAN PEMBERSIH HARIAN 3 MINIT POLIDENT

STG1_Polident_Toolkit Icons_FINAL SET_161019

Langkah 1
Masukkan tablet ke dalam air

Masukkan satu tablet Pembersih Polident ke dalam air suam (tidak panas) cukup untuk menutupi gigi palsu.

STG1_Polident_Toolkit Icons_FINAL SET_161019

Langkah 2
Rendam dan berus

Rendam selama 3-5 minit, untuk hasil yang terbaik, berus gigi palsu dengan larutan Polident menggunakan berus gigi yang lembut.

STG1_Polident_Toolkit Icons_FINAL SET_161019

Langkah 3
Bilas dengan menyeluruh

Bilas gigi palsu dengan air yang mengalir. Buang larutan sebaik sahaja selesai digunakan.

PEMBERSIH GIGI PALSU ANTI BAKTERIA 3 MINIT POLIDENT ADALAH SESUAI UNTUK PELBAGAI ALAT MULUT BOLEH TANGGAL*

Bukan hanya pemakai gigi palsu boleh menggunakan Pembersih Harian 3 Minit Polident.

Pembersih Harian 3 Minit Polident juga sesuai untuk:

retainer
sport guard
night guard
removable braces

Pembersih Harian 3 Minit Polident membantu mengekalkan kebersihan dan kesegaran penahan, pelindung sukan, pelindung malam dan pendakap boleh tanggal. Ia membunuh 99.99% bakteria1 penyebab bau, membantu menghilangkan plak dan kesan pada alat pergigian anda dan menjadikannya bersih dan segar. Formula yang tidak kasar ini membersih tanpa mencalarkan, membantu meminimumkan pengumpulan bakteria pada alat mulut boleh tanggal anda*. Alat pergigian boleh diperbuat daripada bahan yang berbeza, jadi sila periksa dengan doktor gigi anda tentang kaedah pembersihan yang betul.

1. Dalam ujian makmal
* Berdasarkan ujian yang dilakukan ke atas polimetil metakrilat, keluli tahan karat, kobalt krom aloi, etilena vinil, kopolimer dan poliester.

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA