Soalan Umum

1. Adakah Polident/Corega/Poligrip® produk yang sama?

Polident / Corega / Poligrip® adalah tanda dagangan berdaftar untuk produk-produk pelekat dan pembersih gigi palsu GSK.

Tablet Pencuci Gigi Palsu

1.Apakah cara terbaik untuk mencuci gigi palsu?

Menjaga gigi palsu anda adalah sama penting seperti menjaga gigi asli anda. Ubat gigi biasa untuk gigi asli mungkin tidak sesuai untuk gigi palsu kerana ia mungkin mencalarkan permukaan gigi palsu. Gigi palsu memerlukan cucian harian, dan kerana ia berbeza daripada gigi asli, ia memerlukan kaedah istimewa, seperti pembersih gigi palsu yang dirumus untuk membunuh bakteria dengan efektif dan mengurangkan plak dan kotoran terkumpul apabila digunakan seperti diarahkan.

2.Bagaimanakah menggunakan pembersih gigi palsu Polident®?

  1. Masukkan tablet Pembersih Polident® ke dalam air suam (tidak panas) untuk merendamkan gigi palsu sepenuhnya mengikut masa tertulis di arahan pada pek.
  2. Selepas merendamkan mengikut masa tertulis di arahan pada pek, dengan tablet pembersih gigi palsu, berus gigi palsu dengan bancuhan menggunakan berus lembut.
  3. Bilas gigi palsu dengan air mengalir. Buang bancuhan serta-merta selepas digunakan.

3.Adakah terdapat had masa gigi palsu boleh ditinggalkan dalam bancuhan Polident®?

Pembersih gigi palsu sepatutnya hanya digunakan mengikut masa rendaman yang disyorkan pada pek. Bancuhan yang digunakan perlu dibuang selepas satu rendaman.

4.Bagaimakah pembersih gigi palsu Polident® berfungsi?

Apabila digunakan seperti diarahkan, sistem pencucian berbilang-bahan dalam Polident® membantu membersihkan gigi palsu dengan menyingkirkan plak dan kotoran dan membunuh [bakteria penyebab bau/bakteria dan yis/kuman/mikroorganisma.] Oksidan (Tetraacetylethylenediamine (TAED), sodium percarbonate dan potassium monopersulfate) dalam formulasi adalah peluntur dan berfungsi membuang kotoran yang terkumpul setiap hari. Ia juga efektif membunuh bakteria dan mikrob lain yang bersembungi di sebalik gigi palsu anda.

Pembersih (sodium lauryl sulfoacetate) akan membersihkan gigi palsu dengan membantu menyingkirkan lebihan kotoran dari permukaan. Bahan-bahan yang larut air ini (sodium bicarbonate dan asik sitrik) membantu memecahkan tablet dan menyelerakkan bahan-bahan di atas supaya ia boleh membersihkan gigi palsu anda. Tindakan ini dibantu oleh gosokan gigi palsu anda dengan bancuhan selepas rendaman.

5.Berapa kerapkah pencuci Polident® boleh digunakan?

Pembersih Polident® disyorkan untuk penggunaan harian.

6.Bolehkah saya gunakan lebih atau kurang tablet pencuci gigi palsu Polident daripada yang disyorkan?

Tidak boleh. Sentiasa guna formula Polident® seperti diarahkan.

7.Bolehkah saya gunakan bancuhan rendaman Polident® beberapa kali untuk membersihkan gigi palsu?

Tidak boleh. Bancuhan perlu dibuang selepas satu rendaman.

8.Patutkah saya gunakan 1 tablet bagi setiap gigi palsu (atas dan bawah) atau 1 tablet untuk semua gigi palsu yang saya miliki?

Letakkan kedua-dua gigi palsu ke dalam gelas dan gunakan satu tablet.

9.Mengapakah pentingnya menggunakan Polident® setiap hari?

Rutin pembersihan gigi palsu harian adalah penting untuk mengekalkan kebersihan gigi palsu. Sebaik sahaja gigi palsu diletakkan di dalam mulut, plak, kotoran dan bakteria mula berkumpul. Polident® dirumus khusus untuk menyingkirkan plak dan kotorang tanpa merosakkan gigi palsu. Ia juga terbukti membunuh 99.9% bakteria penyebab bau*.

Kami menyesyorkan rendaman harian dengan pembersh gigi palsu Polident® diikuti gosokan dengan bancuhan dan bilasan penuh di bawah air mengalir.

10.Mengapakah saya perlu menggunakan tablet Polident® berbanding ubat gigi biasa? Adakah ia lebih baik daripada ubat gigi biasa?

Ubat gigi biasa mengandungi pelelas yang membantu membersihkan gigi asli utamanya melalui tindakan mekanikal. Akrilik yang digunakan dalam gigi palsu adalah lebih lembut daripada enamel semulajadi. Oleh itu, pelelas dalam ubat gigi boleh mencalarkan permukaan gigi palsu dan membantu menghasilkan keadaan sesuai untuk pertumbuhan bakteria penyebab bau.

Formulasi tablet pembersih gigi palsu unik Polident® adalah tidak lelas, dan direka khusus untuk lembut terhadap gigi palsu tetapi kasar terhadap bakteria.

11.Bolehkah produk-produk pembersih gigi palsu Polident® digunakan bersama perkakasan ortodontik?

Apabila digunakan seperti diarahkan, pembersih Polident® adalah sesuai digunakan dengan perkakasan pergigian/ortodontik yang dibuat daripada polymethyl methacrylate, keluli tahan karat dan kobalt krom aloi. Sila hubungi doktor gigi anda untuk mendapatkan nasihat khusus untuk perkakas anda.

12.Saya mendapati bintik-bintik dalam bancuhan Polident? Adakah ini normal?

Selepas bancuhan Polident larut sepenuhnya, anda mungkin mendapati mendapan di dasar bekas. Ini normal.

Sila ingat membilas gigi palsu anda sepenuhnya dengan air mengalir sebagai salah satu rutin penjagaan gigi palsu anda sebelum meletakkannya dalam mulut anda.

Pelekat Gigi Palsu

1.Bagaimana menggunakan pelekat gigi palsu Polident®?

  1. Bersih dan keringkan gigi palsu anda
  2. Sapukan pelekat Polident® seperti diarahkan pada pek dalam bentuk jaluran pendek, tetapi tidak terlalu dekat dengan pinggir gigi palsu
  3. Berkumur sebelum memakai gigi palsu
  4. Tekan gigi palsu ke tempatnya, pegang kukuh dan gigit beberapa saat untuk mengekalkannya.
  5. Apabila menggunakannya pertama kali, sapukan sedikit pelekat. Mungkin memerlukan beberapa percubaan untuk mendapatkan kuantiti yang betul untuki gigi palsu anda. Tunggu beberapa minit sebelum makan atau minum. Sentiasa ikut arahan pada pek.

2.Bolehkah saya kerap menggunakan pelekat gigi palsu?

Pelekat gigi palsu Polident® sudah lama bereputasi keberkesanan apabila digunakan mengikut arahan label. Berjuta-juta orang menggunakan pelekat GSK yang biasanya tiada masalah jika digunakan seperti diarahkan. Pengguna-pengguna disyorkan melawat doktor gigi mereka selalu untuk memastikan padanan gigi palsu yang betul.

3.Adakah terdapat had kuantiti pelekat gigi palsu yang saya boleh gunakan dalam sehari?

Anda patut sentiasa mengikut arahan penggunaan pada label dan gunakan kuantiti paling kecil yang cukup untuk mendapatkan faedah yang diingini. Penggunaan sekali sehari mengikut arahan penggunaan terbukti memberikan pegangan sepanjang hari.

4.Apakah akan berlaku jika saya termakan sebahagian daripada pelekat?

Penelanan sejumlah kecil produk ini, apabila digunakan seperti diarahkan, mungkin berlaku dan tidak diketahui membawa mudarat. Pelekat gigi palsu biasanya tidak merbahaya dan mempunyai reputasi keselamatan yang lama. GSK menggunakan proses yang rutin dan proaktif dalam mengenalpasti isyarat keselamatan dan sentiasa mengesyorkan penggunaan produk seperti diarahkan.

Menelan sejumlah besar pelekat gigi palsu patut dielakkan. Kami sentiasa mengesyorkan penggunaan semua produk GSK seperti diterangkan di label produk.

5.Mengapakah saya kadangkala mengalami lelehan apabila menggunakan pelekat gigi palsu Polident®?

Apabila anda mengalami lelehan krim pelekat gigi palsu di bawah gigi palsu, anda menggunakan terlalu banyak. Jika lelehan berlaku, kurangkan jumlah pelekat gigi palsu yang anda guna. Sila ingat bahawa pelekat gigi palsu Polident® memegang sepanjang hari. Anda tidak perlu menggunakannya lebih daripada sekali sehari.

6.Berapa lamakah pelekat gigi palsu Polident® boleh memegang?

Formulasi kami memberikan pegangan sepanjang hari untuk gigi palsu yang padan (selama 12 jam) – bergantung kepada individu, padanan gigi palsu dan jumlah air liur di dalam mulut dan makanan serta minuman yang masuk. Lawati doktor gigi anda selalu. Gigi palsu yang tidak padan mungkin menjejaskan kesihatan anda.

7.Bagaimanakah pelekat gigi palsu Polident® berfungsi?

Pelekat Polident® telah ditunjukkan melalui kajian klinikal bahawa ia memberikan pengguna faedah pegangan tegap sepanjang hari dan mengelakkan kemasukan sisa-sisa makanan. Pengekalan fizikal gigi palsu berlaku apabila pelekat mengembang dengan kewujudan kelembapan (air liur) dan menolak udara di antara gigi palsu dan permukaan tisu. Ruang kosong di antara gigi palsu dan gusi dikurangkan dan memberikan pengguna lebih keyakinan menggigit lebih kuat dan menikmati makanan berbeza yang sihat.

8.Bagaimanakah pelekat gigi palsu Polident® mencegah kemasukan makanan?

Pelekat gigi palsu Polident® menerima kelembapan untuk menghasilkan meterai di antara gusi dan permukaan gigi palsu. Meterai fizikal ini membantu mencegah sisa-sisa makanan daripada terlekat di antara gusi dan gigi palsu.

9.Bagaimanakah saya mengeluarkan pelekat daripada mulut dan gigi palsu?

Anda patut berkumur dengan air suam, kemudian menanggalkan gigi palsu dengan menggoyangkannya perlahan-lahan.

Untuk mengeluarkan sisa pelekat daripada gigi palsu, rendamkan dalam pembersih gigi palsu Polident® seperti arahan dalam label dan berus sebarang sisa pelekat daripada gigi palsu.

Untuk mengeluarkan sisa pelekat daripada mulut, berus lelangit mulut dan gusi dengan berus gigi dan air suam.

10.Adakah pelekat Polident® selamat digunakan oleh wanita mengandung?

Tiada sebarang bukti menunjukkan sebarang isu keselamatan berkaitan penggunaan pelekat gigi palsu GSK ketika kehamilan.

11.Adakah produk Kesihatan Oral GSK mengandungi zink?

Di GSK, keselamatan pengguna adalah tumpuan utama kami. Sebagai langkah berjaga-jaga, GSK sendiri telah menghentikan penghasilan, pengedaran dan pengiklanan semua pelekat gigi palsu yang mengandungi zink sejak Februari 2010.

Pelekat gigi palsu kami yang mengandungi zink sentiasa selamat dan efektif apabila digunakan mengikut arahan. Kebanyakan pengguna mengikut arahan pada pek. Walaupun begitu, kami tahu tentang penggunaan berlebihan sepanjang tempoh masa lama, dan kaitannya dengan potensi risiko kesihatan. Inilah sebabnya kami mengambil keputusan ini dan memperkenalkan pelekat gigi palsu yang tidak mengandungi zink.

Krim pelekat gigi palsu daripada GSK tidak lagi mengandungi zink dan semuanya dilabelkan Bebas Zink.

12.Adakah produk-produk Kesihatan Oral GSK mengandungi triclosan?

Pada 2008, GSK Kesihatan Pengguna mengambil keputusan menghentikan penggunaan triclosan daripada produk penjagaan oralnya di seluruh dunia. Triclosan telah dibuang daripada semua produk penjagaan oral, menjelang Januari 2013. Triclosan adalah bahan kimia dengan sifat antibakteria yang telah digunakan secara meluas selama 30 tahun dalam produk-produk pengguna seperti bahan pencuci, sabun, pembersih kulit, deodoran, losyen, krim, ubat gigi dan produk-produk penjagaan gigi. Pendapat saintifik dan awam berbeza tentang profail keselamatan triclosan. Produk-produk Penjagaan Oral GSK diformulasikan semula tanpa triclosan dan menawarkan pengguna-pengguna faedah produk yang sama.

*dalam ujian-ujian makmal

POLIDENT adalah tanda dagangan yang dimiliki atau dilesenkan kepada kumpulan syarikat GSK.