Bagaimana untuk memastikan gigi palsu anda sentiasa bersih

GettingUsedToNewDentures_header1

Sepertimana gigi asli, gigi palsu juga akan dapat plak, tartar dan kesan kotor. Untuk kelihatan dan rasa mulut yang terbaik, rutin pembersihan harian yang baik disyorkan. Tablet pembersih gigi palsu membantu membersih secara mendalam manakala memberusnya membantu mengeluarkan plak dan serpihan lain; kedua-duanya membantu memastikan anda mempunyai mulut dan gigi palsu yang sihat.

Tiga langkah untuk membersihkan gigi palsu

Seperti memberus gigi asli, proses ini adalah mudah. Baca tiga langkah berikut untuk membersihkan gigi palsu anda dan mengekalkan senyuman yang menawan:

Langkah 1: Rendam

Masukkan sebiji tablet pembersih gigi palsu ke dalam air suam – bukan panas agar tidak merosakkan gigi palsu – dan rendamkan gigi palsu anda untuk tempoh masa yang ditetapkan pada pek produk. Pastikan air cukup bagi meliputi keseluruhan gigi palsu tersebut. Memberus gigi palsu membantu mengeluarkan plak, tetapi dengan merendamkannya di dalam pembersih dapat memastikan sebarang serpihan yang tidak boleh dicapai oleh berus boleh disingkirkan juga. Anda mungkin ingin gunakan pembersih gigi palsu khusus, seperti Polident®, dalam rutin pembersihan biasa anda untuk memastikan 99.9% bakteria yang mengakibatkan bau busuk dapat dihapuskan. Sila lihat jenis-jenis tablet pembersih gigi palsu di sini.

Langkah 2: Berus

Dengan menggunakan berus gigi yang lembut dan bancuhan tablet pembersih, berus gigi palsu dengan lembut untuk menyingkirkan serpihan yang ketinggalan. Berus-berus khusus untuk gigi palsu sesuai digunakan setiap hari. Elak menggunakan ubat gigi biasa, kerana kesan-kesan pelelasnya boleh menyebabkan calar-calar kecil pada permukaan gigi palsu dan ini boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria. Memberus semua permukaan gigi palsu anda dengan ubat gigi khusus membolehkan anda berasa yakin bahawa anda telah lakukan segala-galanya yang terdaya untuk kebersihan oral yang baik dan menjaga gigi palsu anda.

Langkah 3: Bilas

Sebaik sahaja direndam dan diberus, bilas gigi palsu anda dengan teliti menggunakan air yang mengalir. Dengan mengetahui cara-cara betul untuk membersihkan gigi palsu dan rutin pembersihan harian akan membantu memastikan gigi palsu penuh dan separa anda seberapa bersih yang mungkin dan memberikan anda keyakinan penuh untuk menjalani kehidupan anda.

* Peratus dicapai di dalam ujian-ujian makmal