Mengapa penting untuk menggunakan pelekat gigi palsu?

TypesOfDentures_Header1

Apabila memakai gigi palsu, perasaan bahawa ia kekal pada mulut meningkatkan keyakinan anda apabila melalui kehidupan seharian. Pelekat gigi palsu, juga dikenali sebagai penetap, memudahkan kehidupan anda dengan menawarkan kestabilan dan keselesaan supaya anda boleh gelak tawa dengan rakan-rakan dan menikamati makanan kegemaran anda.

Pelekat gigi palsu ada dalam bentuk krim, serbuk dan jalur. Ia membolehkan gigi palsu anda berasa lebih ketat. Pelekat gigi palsu, seperti Polident®, boleh membantu semasa:

Makan

Sebaik sahaja anda melepasi tempoh penyesuaian diri dengan makanan lembut dan kepingan kecil, anda pasti berminat untuk kembali kepada makanan kegemaran anda. Pelekat gigi palsu membentuk meterai untuk membantu menghalang sisa-sisa makanan daripada terlekat di antara gigi palsu dan gusi6 dan membantu anda menikmati makanan.

Bercakap

Pelekat gigi palsu dapat membantu anda berasa yakin dengan persekitaran sosial atau ketika anda mendekati orang yang tersayang. Apabila anda mula memakai gigi palsu, anda mungkin menghadapi kesukaran menyebut beberapa perkataan. Pelekat boleh meredakan sebarang kerisauan mengenai penggerakan gigi palsu sewaktu gelak atau bercakap, dan mengurangkan satu lagi perkara yang mungkin bermain di fikiran anda.

Menyesuaikan diri dengan padanan

Pelekat boleh membantu menyesuaikan gigi palsu anda dan memberi anda keyakinan dari awal lagi dengan meredakan sebarang kerisauan gigi palsu tertanggal. Tetapi harus diingati bahawa pelekat bukan pengganti untuk gigi palsu yang benar-benar padan. Lama-kelamaan, gigi palsu boleh jadi longgar dan perlu dibaiki atau diganti; jadi anda mungkin perlu berbincang dengan doktor gigi anda jika tidak padan dengan selesa sepertimana sekarang.

Doktor gigi boleh memerhatikan padanan gigi palsu anda dan berbincang mengenai sebarang kerisauan yang anda mungkin ada. Gigi palsu yang ketat dan selesa membolehkan anda lebih berkeyakinan menghadapi kehidupan seharian anda seperti sediakala.