Apa yang anda perlu jangkakan semasa memakai gigi palsu pertama kali?

TypesOfDentures_Header1

Bagi kebanyakan individu, gigi palsu ialah sebahagian daripada kehidupan seharian dan anda bukan keseorangan jika doktor gigi anda menasihatkan anda untuk mempertimbangkan memakai gigi palsu. Berjuta-juta orang telah pun memakai gigi palsu, yang membantu mereka makan, bercakap dan senyum dengan yakin setiap hari.

Antara temu janji dengan doktor gigi dan masa yang diambil untuk menyesuaikan diri dengan gigi palsu baru anda, mengetahui apa yang perlu dijangka sepanjang proses tersebut boleh membantu mengurangkan sebarang kebimbangan anda. Berikut adalah panduan untuk apa yang anda boleh jangkai dalam proses tersebut:

Memastikan padanan gigi palsu anda

Semasa proses pemasangan gigi palsu anda, prosedur berikut dilalui:

  • Gigi dicabut: Doktor gigi akan menjelaskan proses yang bakal dijalankan, apa yang perlu dijangkakan, dan juga menawarkan nasihat selepas tempoh itu agar anda berasa selesa dan jelas tentangnya, jika gigi anda perlu dicabut.
  • Acuan: Acuan ukuran mulut anda akan diambil untuk membuat gigi palsu yang sesuai dengan saiz dan struktur mulut anda.
  • Acuan gigitan: Blok lilin digunakan untuk memeriksa jika anda boleh menggigit dengan selesa. Anda juga mungkin diminta memilih bentuk dan warna gigi baru anda.
  • Model Lilin: Gigi baru anda dibentuk menggunakan lilin. Ini membantu anda mendapatkan idea yang lebih baik bagaimana rupa bakal gigi palsu anda akan kelihatan dan berfungsi.
  • Pemasangan: Gigi palsu anda dipasang dan anda akan diberi arahan tentang prosedur penjagaan gigi palsu tersebut.

Apabila anda membuat keputusan tentang rupa dan rasa gigi palsu baru anda, ia mungkin bantu jika membawa orang kesayangan bersama-sama untuk sokongan. Membawa beberapa keping gambar lama anda juga boleh membantu memilih set yang sepadan dengan gigi asli anda, dan mengembalikan rasa diri anda seperti dahulu.

Jika anda membuat keputusan untuk memakai gigi palsu serta-merta selepas gigi anda telah dicabut, doktor gigi anda boleh memberi nasihat mengenai perkara ini.

Menyesuaikan diri dengan gigi palsu

Setelah gigi palsu anda dipasang, anda mungkin akan berasa janggal pada mulanya1. Ini memang biasa. Mulut, lidah dan otot muka akan menyesuaikan diri akhirnya. Aktiviti-aktiviti harian seperti makan dan bercakap, mungkin memerlukan sedikit latihan tetapi belajar perlahan-lahan dan anda akan kembali menjadi diri anda dalam masa yang singkat. Doktor gigi anda boleh mengesyorkan produk - seperti pelekat dan pembersih gigi palsu - yang akan menambah keyakinan diri anda ketika memakai gigi palsu.

Berapa lama masa yang diambil untuk mendapatkan gigi palsu?

Ia mungkin hanya mengambil masa beberapa bulan dari temu janji pertama anda hingga ke hari anda selesa sepenuhnya dengan gigi palsu baru anda. Anda dijangka ada empat atau lima temu janji dengan doktor gigi dalam tempoh 3-6 minggu, bergantung kepada keaadaan individu.

Temu janji kerap dengan doktor gigi selepas gigi palsu anda dipasang akan membantu memastikannya dijaga dalam keadaan yang baik, di samping kesihatan mulut anda.

Memakai gigi palsu banyak bermanfaat dan prosesnya tidaklah serumit yang anda bayangkan. Setelah anda memakai gigi palsu baru, anda boleh bersedia menikmati kehidupan anda dengan sepenuhnya.