Apakah gigi palsu separa?

TypesOfDentures_Header1

Gigi palsu separa atas dan/atau bawah direka untuk mengisi ruang kosong akibat kehilangan gigi supaya anda boleh senyum tanpa kerisauan lagi. Gigi palsu separa boleh ditanggalkan dan dikeluarkan jika perlu, dan boleh membantu anda berasa lebih yakin jika anda telah hilang sebilangan kecil gigi.

Terdapat beberapa pilihan yang anda boleh pertimbangkan jika anda ingin memakai gigi palsu separa:

Gigi palsu separa berangka logam

Gigi palsu separa berangka logam mempunyai pengapit yang mampu menyambung ke gigi asli yang sihat, mengekalkan mereka di tempatnya dan membolehkan anda rasa selamat. Sedikit pergerakan gigi palsu separa dijangka berlaku, walaupun gusi dan tisu tulang diberi masa untuk serasi dengan mereka. Anda mungkin rasa lebih selesa berbincang dengan doktor gigi anda tentang perkara ini.

Gigi palsu akrilik separa boleh tanggal

Sesetengah gigi palsu separa dibuat daripada akrilik hampir keseluruhannya - tetapi seperti rangka gigi palsu yang dibuat daripada logam, gigi palsu akrilik mempunyai pengapit wayar yang menyambung ke mana-mana gigi asli yang masih ada. Biasanya ia digunakan sebab kos yang lebih rendah berbanding dengan gigi palsu separa jenis logam. Mereka juga boleh digunakan sebagai gigi palsu peralihan sekiranya anda dijangka mengambil rawatan prostetik tambahan, seperti implan, pada masa akan datang.

Anda juga mungkin ingin memilih gigi palsu yang fleksibel, yang doctor gigi anda boleh memberi nasihat.

Pembersihan gigi palsu separa anda

Adalah penting untuk menjaga gigi palsu dengan baik supaya gigi palsu anda kekal segar dan rasa selesa dalam mulut anda. Amalkan rejim pembersihan harian untuk memastikan mereka dalam keadaan yang terbaik. Rendam gigi palsu separa anda dalam air bancuhan pembersih gigi palsu, seperti Polident®, semalaman - atau seperti yang ditunjukkan oleh arahan pada pek untuk membantu menyingkirkan kotoran yang sukar.

Berus gigi palsu anda dengan berus berbulu lembut khas akan membantu memberi gigi palsu anda pembersihan secara menyeluruh dan menyingkirkan sisa-sisa makanan yang tertinggal. Bilas gigi palsu anda di bawah air yang mengalir untuk mencuci air rendaman pada gigi palsu sebelum memakainya supaya anda berasa segar.