Apakah gigi palsu penuh?

TypesOfDentures_Header1

Gigi palsu penuh, atau gigi palsu lengkap, adalah gigi tiruan alih yang boleh digunakan untuk menggantikan gigi hilang1. Gigi palsu yang dibuat daripada porselin atau akrilik dan digabungkan bersama dengan dasar akrilik. Gigi palsu separa adalah serupa cuma digunakan untuk menggantikan beberapa gigi sahaja, manakala gigi palsu penuh adalah pengganti untuk set penuh gigi asli.

Gigi palsu penuh mungkin diperlukan apabila anda kehilangan semua gigi anda dan ia boleh membantu anda mengembalikan senyuman yang menawan serta tampil berkeyakinan.

Bagaimana gigi palsu dibuat?

Dasar gigi palsu meniru tisu gusi semula jadi dan dibuat daripada akrilik berpigmen halus yang dikenali sebagai metil metakrilat poli, atau PMMA. Permukaan PMMA yang jelas kelihatan digilap agar nampak semula jadi, dan ia membantu untuk menghalang pengumpulan bakteria pada gigi palsu anda supaya anda sentiasa berasa segar dan bersih.

Bahagian gigi palsu atas biasanya menutup bumbung mulut anda, manakala gigi palsu bawah berbentuk U untuk memastikan terdapat ruang yang cukup untuk lidah anda.

Kedua-dua gigi palsu atas dan bawah melekat pada tisu gusi, dan sedutan membantu untuk memastikan mereka berada pada tempatnya. Pelekat gigi palsu juga boleh membantu menghalang sisa-sisa makanan daripada terselit di celah gigi palsu anda dan menyebabkan rasa tidak selesa. Ketidakselesaan ini boleh berlaku jika mereka terperangkap di bawah gigi palsu.

Menyesuaikan diri dengan gigi palsu

Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan gigi palsu anda, tetapi perbincangan dengan doktor gigi dapat memberi anda nasihat mengenai apa yang bakal berlaku dan membantu minda anda tenang dan selesa.

Makan dan bercakap menggunakan gigi palsu anda mungkin agak sukar pada mulanya tetapi yakinlah, dengan sedikit latihan, anda boleh kembali kepada diri anda yang biasa dalam masa yang singkat.

Untuk penjagaan baik gigi palsu anda, sentiasa amalkan rejim pembersihan harian yang menyeluruh. Tanggalkan gigi palsu anda pada waktu malam (kecuali diberitahu sebaliknya) boleh merehatkan gusi anda dan simpankannya dengan selamat apabila tidak digunakan akan membantu mengekalkan penampilan mereka.

Gigi palsu penuh boleh memberi kesan yang positif kepada kehidupan anda dengan mengembalikan senyuman ke wajah anda dan membantu memberikan anda keyakinan seperti dahulu.