Berapa kos memasang gigi palsu?

TypesOfDentures_Header1

Setelah anda mengambil keputusan untuk memakai gigi palsu, anda mungkin mempertimbangkan bila dan di mana untuk mendapatkan rawatan, dan berapa jumlah kos pemasangan. Kos pemasangan gigi palsu bergantung kepada beberapa faktor, seperti jenis rawatan yang anda perlukan, jenis bahan buatan gigi palsu dan di mana anda mendapatkan rawatan.

Jenis-jenis gigi palsu

Gigi palsu boleh dibuat daripada bahan-bahan yang berbeza berdasarkan keperluan anda. Bergantung kepada sama ada anda sudah hilang semua gigi asli atau masih mempunyai sebilangan gigi asli, jenis gigi palsu yang dipasang akan berbeza, begitu juga dengan harga mereka.

Dasar gigi palsu biasanya dibuat daripada akrilik yang tegar. Ia dibentuk dengan bantuan acuan ukuran mulut anda semasa anda berjumpa doktor gigi1. Ini memastikan keselesaan yang maksima semasa anda memakai gigi palsu anda.

Gigi palsu separa dibuat daripada campuran akrilik dan sejumlah kecil logam2. Ini membantu mengepit pada tempatnya di dalam mulut anda. Bahan asas beberapa gigi palsu separa dibuat daripada jenis termoplastik yang lebih fleksibel seperti nilon - ia lebih mahal tetapi rupa dan rasanya lebih semula jadi.

Gigi pada gigi palsu biasanya dibuat daripada plastik atau akrilik3. Anda boleh memilih gigi yang dibuat daripada porselin, walaupun ia lebih mahal.

Jenis-jenis rawatan pergigian

Secara umumnya, jumlah kos gigi palsu anda bergantung kepada banyak faktor: rawatan yang perlu dilakukan, jumlah rawatan susulan, jenis gigi palsu yang anda pilih serta doktor gigi yang memberikan perkhidmatan itu.

Untuk memastikan anda mendapatkan gigi palsu yang sesuai untuk anda, doktor gigi anda akan memberi nasihat dalam merancang jenis gigi palsu yang terbaik, bergantung kepada bajet anda, kerana terdapat pilihan yang lebih mahal daripada yang lain.