Nasihat bercakap dengan gigi palsu

TypesOfDentures_Header1

Memakai gigi palsu sepatutnya tidak menjejas perbualan harian anda walaupun ia boleh mempengaruhi percakapan anda pada peringkat awal. Bagaimanapun, ada beberapa panduan mudah yang boleh membantu anda menyesuaikan diri dengan bercakap menggunakan gigi palsu baru.

Ulangan, sebutan dan pemanjangan

Apabila anda baru memakai gigi palsu, mungkin ada beberapa perkataan yang anda sukar untuk sebut. Ini memang normal. Dengan berlatih mengulangi dan memanjangkan perkataan-perkataan dan frasa-frasa yang biasa digunakan, ia boleh membantu anda berkomunikasi secara efektif dengan memakai gigi palsu. Dengan ini, anda melatih lagi sekali mulut anda untuk menyebut dengan memakai gigi palsu. Huruf ‘S’ dan ‘F’ adalah paling sukar, jadi cuba gunakan perkataan yang mempunyai huruf-huruf tersebut.

Baca dengan lantang dengan sendiri7

Sebaik sahaja anda mula menyesuaikan diri dengan sebutan, anda perlu mengembalikan keyakinan bercakap dengan memakai gigi palsu. Cuba baca suratkhabar atau buku dengan lantang dengan sendiri – ini dapat membantu anda menyesuaikan diri dengan suara anda dengan memakai gigi palsu, dan membantu anda bina keyakinan diri ketika bercakap. Juga, cuba lihat ke dalam cermin – seperti anda berlatih untuk berucap – anda boleh lihat corak percakapan anda tidak berbeza dengan bagaimana anda lakukannya sebelum anda memakai gigi palsu.

Berbual

Berbual dengan keluarga atau rakan-rakan adalah cara terbaik bagi membantu dan memperbaiki ucapan keseluruhan. Dapatkan seorang yang anda rapat untuk mendengar corak percakapan anda memang bermanfaat, kerana mereka boleh mengenalpasti perkataan mana yang anda menghadapi kesukaran dan mungkin perlu lebih latihan. Berbual menggunakan gigi palsu juga membolehkan anda rasa seperti diri sendiri dan boleh meningkatkan keyakinan anda.

Jika anda telah cuba latihan-latihan ini dan masih lagi sukar untuk menyesuaikan diri dengan gigi palsu, perbincangan dengan doktor gigi adalah langkah seterusnya. Mereka boleh berikan nasihat yang lebih lanjut beserta maklumat mengenai bantuan tambahan, seperti pelekat gigi palsu, untuk membantu anda tersenyum kembali.