BELAJAR UNTUK MAKAN DENGAN GIGI PALSU

Semakin biasa anda dengan gigi palsu baharu, anda akan mendapati, dengan sedikit masa dan kesabaran, anda sudah boleh menikmati banyak makanan kegemaran anda semula. Baca petua penting kami di bawah untuk membantu anda makan dengan selesa bersama gigi palsu anda.

man enjoying difficult to eat food

PERLAHAN DAN BERTERUSAN

Bila tiba masa makan anda akan tertarik untuk memuaskan selera, dengan semua pilihan baharu dengan adanya gigi palsu anda sekarang. Bagaimanapun, kami dapati dengan perlahan-lahan dan berterusan anda masih boleh memenuhi selera anda. Cuba ambil hanya sedikit makanan lembut dan jauhkan daripada makanan yang terlalu keras dan kenyal.
 

MULAKAN DENGAN MAKANAN LEMBUT

Masukkan makanan lembut di dalam diet anda secara tetap bagi membiasakan anda makan dengan gigi palsu baharu anda seperti:

-       Telur

-       Ikan

-       Sayur yang dimasak

-       Ais krim

Makanan ini tidak akan memberi tekanan yang banyak ke atas mulut anda semasa mengunyah, bermakna gigi palsu anda akan berasa lebih selesa semasa anda berhadapan dengan beberapa makanan kegemaran anda.
 

KEDUA-DUA BELAH SEKARANG

Cuba untuk tidak gigit menggunakan gigi depan, kerana ini boleh menanggalkan gigi palsu anda. Kunyah dengan sama rata di kedua-dua belah untuk membantu gusi anda biasa dengan tekanan lembut itu.

Sebaik sahaja anda berasa lebih yakin dengan bagaimana untuk makan dengan gigi palsu anda, anda akan lebih bebas untuk berhadapan dengan makanan yang lebih sukar seperti buah-buahan yang lebih keras dan daging.
 

SOKONGAN TAMBAHAN UNTUK GIGI PALSU ANDA

Untuk makanan yang lebih sukar, cuba pelekat gigi palsu untuk lebih menenangkan anda yang gigi palsu anda akan tetap pada tempatnya. Bukan sahaja bahan penetap ini memberi pegangan yang kuat sepanjang hari sehingga 12 jam, ia juga membentuk pengadang yang menghalang makanan daripada terselit di antara gigi palsu anda dan gusi, membantu anda berasa lebih selesa sementara anda sedang membiasakan dengannya.

Belajar makan dengan gigi palsu adalah satu langkah kecil yang anda boleh ambil dengan mudah dalam perkembangan anda kepada menikmati setiap suapan.

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA